Thursday, September 12, 2019

Baca Novel ~ Go Read a Novel Pleaseeeee Tragedi Cinta Luka

okay this one my very first masterpiece
dunno who would read it.


“Risha, ada kuliah lagi lepas ni?” Risha menoleh. Dia baru melangkah keluar dari dewan kuliah bersama pelajar-pelajar yang lain sebelum suara itu menyapanya. Dalam rimbunan pelajar-pelajar itu, Risha mencari empunya suara. Puas sudah difikirnya siapa. Hanafi yang kebetulan  bersebelahan dengannya juga menoleh serentak.
Alamak, Hisham rupanya! Hati Risha berasa sedikit tidak keruan. Aduh, habislah aku macam ni. Aku tak ada moodlah nak pergi audition tu dengan Hisham. Apa aku nak bagitau dia ni??
“Sham. Err..err..” Risha tergagap-gagap.
Hisham sudah berada di sisinya kini. Wajah cuak Risha ditenungnya. Pelik. Biasanya Risha begitu girang bertemu dengannya. Tetapi tidak kali itu.
“Risha… Err Risha ada tutorial jam 11, tapi Risha nak ke Sekolah Seni dulu. Ada…erm…ada audition.” Ciss... Tak boleh pakai punya lidah. Kenapalah kau bagitau Hisham jugak pasal audition tu??
Hanafi memberi isyarat tangan kepada Risha tanda ingin berlalu dahulu. Lazimnya Risha tidak kisah jika Hanafi meninggalkannya berdua dengan Hisham, tapi kali ini hatinya menjerit sendiri dalam hati supaya Hanafi tidak meninggalkannya dahulu.  Keadaan antara Risha dan Hisham sudah tidak seperti dahulu lagi. Kali ini setiap detik dirasakan janggal bersama dengan Hisham.
Audition? Audition apa? Risha tak bagitau Sham pun. Mommy tahu?” Hisham mengerutkan dahinya. Jika dahulu, awal-awal lagi Risha sudah menjerit dalam keterujaan di hadapannya jika ada peluang untuk di uji bakat.
Risha mengangkat bahu dengan lemah sekali. Hisham tahu tentang Mommy Risha yang menyekat aktiviti seninya pada tahun itu.
“Nak Sham temankan? Sham pun ada sejam lagi nak tunggu kuliah.” Risha mengangguk, walaupun hatinya menjerit tidak mahu. Aduh Sham… Kalaulah kau boleh baca terus isi hati aku ni, kan ke senang? Tak payah aku nak rasa macam ni.
Kebetulan Sekolah Seni berada betul-betul di hadapan dewan kuliah, jadi tidaklah berpeluh sangat jika berjalan kaki. Kehadiran mereka disambut dengan iringan saksofon lagu ‘Di Mana kan Ku Cari Ganti’ nyanyian P. Ramlee. Risha tercari-cari notis di papan kenyataan jika ada maklumat tentang uji bakat Ishak Romzie. Satu nota ringkas menarik perhatiannya  dihadapan studio S. Kadarisman:
Ujibakat telemovie arahan Ishak Romzie ditunda. Tarikh baru akan diumumkan bila sudah ditetapkan kemudian.’
Risha menghela nafas panjang. Dia berasa sedikit kecewa.
 Hisham memandang Risha dengan rasa kasihan. Bahu Risha ditepuknya perlahan. “Tak apalah, maybe next time sayang.” Pujuknya. Hisham masih lagi tidak menampakkan sebarang syak kepada Risha.
“Yeah, may be next time…”
“Risha, jangan sedih ok. Jom, kita ke kafe. Sham belum sarapan lagi ni…” Hisham mengajak.
Terkebil-kebil Risha memandangnya. Aaaa… tak nak, boleh tak?? Rayu Risha dalam hati. Entah kenapa, rasa bersalah kini acapkali mengunjungi dirinya. Bersalah kerana membiarkan cinta Hisham berputik untuknya selama hampir tiga tahun mereka berkenalan.
Dalam keterpaksaan, Risha akur juga dengan langkahan Hisham.
“Eh, Hisham! Tak sangka jumpa you kat sini. You buat apa kat sini?” Sapa seorang gadis seksi berambut perang. Seyumannya meleret penuh keterujaan.
“Eh, Emelda. I temankan my girl. Patutnya ada audition, kan sayang?” Hisham memandang Risha. Risha tersenyum sambil mengangguk.
Wajah Emelda menjadi kelat dengan tiba-tiba. Berkerut seribu dahinya. “Owhh. So you pun nak audition jugak?” Tanyanya hambar. Memang dia kurang senang dengan teman wanita Hisham itu. Hisham patut menjadi miliknya. Bukan sekadar perempuan biasa-biasa seperti perempuan di hadapannya itu.
Risha dan Hisham masing-masing dapat mengagak Emelda berasa tercabar barangkali. Namun Risha masih dengan senyumannya. Memang saingan pasti akan ada. Dia terima dengan hati terbuka.
Yes, tapi audition tangguh. Tak tahu bila akan re-schedule.” Jawab Risha masih tanpa syak wasangka.
Emelda kedengaran mengeluh. Pandangannya dialihkan serta merta pada Hisham. “Ok lah Sham. Nanti jumpa you kat kelas. Bye…” Tergedik-gedik Emelda melambai pada Hisham sambil berlalu pergi. Risha tidak dihiraukannya langsung.
Hisham memandang Risha, tersengih sambil menjungkit bahu. Memang Emelda selalu mengusiknya sebegitu. Namun dia langsung tidak pernah ambil peduli. Cinta dan hatinya hanya milik Risha seorang. Sambil bersarapan, Hisham rancak bercerita tentang teman sebiliknya, Syazwan, yang sudah punyai pengganti Aisha walau hanya baru beberapa hari mereka putus cinta gara-gara bapa Aisha yang tidak merestui perhubungan mereka.
Risha pula hanya melopong mendengarkan cerita Hisham. Fikirannya melayang entah ke mana. Memang begitulah Hisham. Seorang jejaka yang tampan, persis pan Asian walaupun hakikatnya dia berketurunan Melayu-Brunei menjadi gilaan para gadis di universiti. Namun, hanya Risha yang menjadi pilihan hatinya. Luarannya Hisham seorang yang pendiam, namun celotehnya pasti berjela-jela tatkala bersama Risha seorang.
 “Sebab itu Sham rasa syukur sangat hubungan kita direstui oleh kedua-dua keluarga kita. Sham yakin, Sham yakin sangat dengan cinta Sham pada Risha. Cinta Sham cuma untuk Risha…” Hisham meyakinkan Risha seperti selalu, tangannya sempat menyisir rambut Risha ke tepi bahu.
Risha tidak terkata apa-apa. Masih tidak berdaya lagi rasanya dia hendak berterus-terang dengan Hisham. Risha…berterus-teranglah Risha. Cakaplah Risha, cakap. Cakap saja yang selama ni kau cuba nak cintakan dia, tapi hakikatnya tak boleh. Cakap saja yang selama ni kau ingat rasa suka itu boleh disemai menjadi cinta. Cakap saja yang kau hanya senang berdampingan dengannya, tapi hati kau susah untuk kau beri. Cakap Risha, cakap! Bentak hatinya bertalu-talu.
Namun, tiada sebutir perkataan pun terkeluar dari bibirnya itu. Akibatnya, Hisham masih lagi terpesona dengan cintanya. Masih lagi mengharapkan masa depan mereka berdua. Sudahnya, Risha tersepit. Tersepit antara kehendak hatinya dan rasa kasihan terhadap Hisham.
Habis bersarapan dia dan Hisham mengarah ke destinasi masing-masing. Baru sahaja mahu melangkah keluar dari kafe, Risha bertembung dengan Ishak Romzie yang lebih senang dipanggil Abang Is olehnya dan pelajar-pelajar yang lain.
“Abang Is, kenapa tak jadi audition? Kesian Risha tau. Hari tu lagi Wahab dah bagitau dengan Risha pasal audition ni…” Adunya pada Ishak Romzie separuh merajuk.
Merah padam muka Ishak Romzie. Memang dia sensitif dan lemah lembut orangnya. Apatah lagi calon pelakonnya itu mengadu sedemikian padanya.
“Alaa Risha… Abang Is minta maaf banyak-banyak. Memang abang suruh Wahab bagitau Risha, tapi last minute cancel dulu lah projek ni Risha. Ada problem sikitlah…” Dia menyusun sepuluh jari di hadapan Risha tanda kesal. Kasihan pula Risha melihat raut wajahnya yang begitu ikhlas sekali menyatakan maaf. Bukan maksud Risha hendak menimbulkan kekesalan yang teramat dalam dirinya.
Problem apa Abang Is? Ada apa-apa yang Risha boleh bantu ke?” Tanya Risha, ikhlas. Dia kelihatan agak kecewa. Iyalah, jika ada apa-apa yang boleh dia bantu, Risha sedia menghulurkan bantuan. Lagipun Ishak Romzie memang sudah banyak menolongnya. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa Ishak Romzie itu.
Actually heronya abang memang dah ada, tapi itulah…tight sangat schedule si hero ni. Itu yang kena ubah schedule tu.” Adunya pula. Risha mengorak senyum. Pelakon popular gamaknya hero itu.
            “Wah, bunyinya macam pelakon popular je bang. Siapa dia?” Risha cuba mengorek.
 Ishak Romzie sudah mula mengukir senyum. Tidak lagi nampak kerisauan di wajah polosnya. Dia semacam mahu menguncikan mulutnya sehingga Risha terpaksa merayu meminta jawapannya. Berkali-kali juga Risha memaksa.
“Itu Abang Is tak boleh bagitau dulu. Mestilah rahsia. Bukannya apa, takut nanti kalau Risha dah tahu, Risha tak nak pulak berlakon dengan dia.” Katanya mahu berahsia lagi.
            “Ala, tak acilah Abang Is ni. Macam tak kenal Risha pulak. Risha tak kisahlah bang, yang penting dapat timba pengalaman. Eh, Risha ni perasan je kan. Belumlah tentu lagi Risha dapat watak tu.” Risha seakan baru teringat yang Ishak Romzie masih belum mengaudisinya lagi. Risha malu sendiri.
            “InsyaAllah Risha. Jika ada rezeki Risha ya. Risha bagi nombor telefon Risha, nanti bila dah decide tarikh bila nak buat, abang akan calling-calling.” Janjinya. Risha tanpa berfikir panjang terus bertukar-tukar nombor dengan pengarah muda itu.
            Sudah satu hari suntuk Risha di kampus, tiada masa untuk pulang ke bilik langsung. Makan di kampus, solat pun di kampus. Hujan pula turun separa lebat, hampir kuyup juga baju Risha dibuatnya. Malam itu ada kelas bahasa Sepanyol, jadi nampaknya Risha terpaksa korbankan drama Pelangi Hati. Tidak dapat dia nak menatap wajah redup Marc Zahari, pelakon yang menjadi igauannya saban hari.
            Habis kelas jam 10 malam, Risha tidak larat mahu mengulangkaji di bilik. Lemah longlai sahaja badannya menaiki anak tangga ke bilik. Perut Risha juga sudah mula berlagu sepi, meminta untuk diisi. Mahu ke kafe, tidak larat lagi untuknya berjalan. Lagipun badannya terasa melekit-lekit, belum mandi pun lagi. Makan biskut sajalah perutnya malam itu. Di bilik, tugasan yang ada cepat-cepat dikemaskinikan dan siap untuk dihantar pagi esok. Kelopak matanya itu memang sudah terasa berat sangat.
“Aku ngantuklah Biah… Aku tidur dulu lah ye.” Risha mengerling ke arah Salbiah sambil memadam lampu di meja belajar. Salbiah kelihatan masih menghadap tv berbekalkan komputer riba di pangkuan. Dia mengangguk sahaja, khusyuk nampaknya menonton rancangan Just For Laugh itu.
            “Oh ye Biah, tadi kau tengok tak Pelangi Hati tu?” Tanya Risha. Mana tahu Salbiah sempat menonton. Salbiah kurang menggemari drama berunsur cinta kerana minatnya lebih kepada drama atau filem berunsur komedi. Nyata citarasa mereka agak berbeza.
            “Aku sempat tengok hujungnya je. Mira lari keluar negeri bila dapat tahu Saiful nak bertunang dengan Shazlin. Lepas tu, bersambung...” ujar Salbiah.
Risha menjuihkan bibir, terpaksa tunggu minggu hadapanlah jawabnya untuk menyaksikan sambungannya.
            “Berjanggutlah aku nak tunggu sambungannya nanti ni… Mana tahan rindu aku pada Marc Zahari…Owh, Marc Zahari pujaan hatiku…” Risha dengan selamba bersenandung di atas katilnya sambil terbayangkan wajah Marc Zahari.
            Dusshhh! Terpana Risha seketika dihempap batal busuk yang dibaling oleh Salbiah. “Haa…berangan je lah kau ni Risha! Tu, Sham tu kau nak campak ke mana??”
            Risha diam serta-merta. Dia mengetap bibirnya. Perlukah dia beritahu perihal sebenar kepada Salbiah?? “Sebenarnya…sebenarnya aku tak ada apa-apa perasaan pun pada dia Biah…” Terus-terang Risha menyatakan.
            Bulat besar mata Salbiah terjegil. “Haa?? Kau biar betul..!”
            “Betul…”
            “Serius?”
            “Seriuslah Biah. Takkan aku nak main-main pasal ni. Ni, tengok muka aku. Kau takkan tak perasan aku sugul je dua tiga menjak ni…”
Salbiah terdiam. Dia menghampiri Risha, pantas. “Ye lah. Kau kan primadona. Mana aku nak teka kau serius ke main-main.”
            Tidak, Biah. Aku bukan sang primadona seperti yang kau dan yang lain-lain sangkakan. Jawab hati Risha secara diam-diam.
            “Sejak bila?” Salbiah menyoal, seakan tidak percaya dengan pengakuan teman sebiliknya itu.
            Lama Risha terdiam sebelum dia menjungkit bahunya. “Sejak dari awal lagi..”
            “Maksud kau, selama ni kau dengan Hisham tu teman tapi mesra je lah ye?” Belum sempat Risha menghabiskan ayatnya, Salbiah memotong.
            “Entah. Iyalah kot. Entahlah Biah. Aku pun tak faham maksud teman tapi mesra tu.”
            Salbiah tiba-tiba tersenyum meleret. “Ha..ada can lah aku nak couple dengan dia…”
Risha mengeluh. “Tapi macam mana aku nak bagitau dia apa yang aku rasa, Biah? Bolehkah dia faham dan terima? Mesti dia ingat aku jahat, tapi bukan niat aku, Biah. Aku ingatkan sepanjang tempoh aku kenali dia, perasaan aku akan berkembang menjadi cinta..tapi tak boleh Biah..aku tak boleh paksa..”
“Tapi kau harus kesiankan dia, Risha. Apa yang aku tengok, bukan main lagi dia tergila-gilakan kau. Bersinar-sinar matanya setiap kali aku nampak dia bercakap dengan kau. Kau harus berterus terang dengan dia secepat yang boleh Risha..kalau tidak, parah nanti. Hai..pelik jugak aku tengok kau ni. Bukan main handsome lagi mamat tu aku tengok, ramai peminat pulak tu. Itupun kau susah nak jatuh cinta?  Memanglah hati kau tu degil!” Bebel Salbiah tak henti-henti.
“Huhu… Itulah yang aku tengah runsingkan sekarang ni Biah. Aku kesiankan dia. Tapi aku pun tak tertanggung dalam hati aku ni.”
Salbiah menggeleng-geleng mendengarkan rintihan sahabatnya itu. Nyatanya, dia juga tidak mempunyai pengalaman seperti itu kerana dia sendiri tidak pernah punyai seorang teman lelaki.

“Macam nilah, Risha. Kau cubalah sebaik mungkin cakap dengan dia. Ingat, cakap baik-baik. Bukan main buang, campak macam tu saja.” Pesan Salbiah bersungguh-sungguh. Risha mengangguk perlahan.
Thanks Biah. Aku tidur dululah. Goodnight!” Laung Risha dari bawah selimut. Salbiah kembali ke ketilnya. Namun, belum pun sampai dua minit Risha melelapkan mata, telefon bimbitnya berbunyi. Lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy berkumandang. Nama Salihin tertera...
TO BE CONTINUED
*****pls comment if you read this**winkwink**

No comments:

Post a Comment